Tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" itu
dimuat koran Utusan Malaysia edisi Senin, 10 Desember 2012. Berikut
tulisan lengkap Zainudin Maidin.
Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim
Zainudin Maidin
Beliau diberikan penghormatan untuk memberi ceramah di Universiti Selangor (Unisel).
Beliau disingkirkan setelah menjadi Presiden Indonesia hanya selama 1
tahun 5 bulan kerana bersetuju dengan desakan Barat supaya mengadakan
pungutan suara ke atas penduduk Timor Timur dalam Wilayah Indonesia
menyebabkan Timor Timur terkeluar daripada Negara Kesatuan Republik
Indonesia pada 30 Ogos 1999.
Beliau mengakhiri jawatan dalam kehinaan setelah menjadi presiden sejak 20 Oktober 1999.
Beliau juga telah menyebabkan berlakunya perpecahan rakyat Indonesia
kepada 48 parti politik yang mengakibatkan keadaan politik negara itu
dalam porak-peranda hingga kini.
Adalah suatu hal yang agak menarik dan lucu bila Anwar Ibrahim dalam
ucapan aluannya menimbulkan keupayaannya ketika menjadi Timbalan Perdana
Menteri dan ketika Habibie menjadi Presiden Indonesia dapat
menyelesaikan masalah Tenaga Kerja Indonesia (TKI).
Ia memberikan gambaran bahawa sekiranya kuasa dikembalikan semula kepada
mereka maka pastinya akan dapat menyelesaikan semua masalah antara
kedua-dua negara.
Barangkali ramai yang hadir di majlis pidato itu yang tidak tahu tentang
sejarah Habibie telah terpesona dengan syarahan dan ceritanya, tetapi
saya terpegun merenung persamaan watak, tugas dan nasib yang sama
kedua-dua bekas pemimpin besar itu.
Habibie menjadi gunting dalam lipatan terhadap Presiden Indonesia
Suharto walaupun Suharto yang membawanya kembali dari Jerman untuk
kemudiannya menjadi wakil Presiden dan demikian juga yang dilakukan oleh
Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr. Mahahtir Mohamad ketika beliau menjadi
Timbalan Perdana Menteri setelah ‘dipungut’ daripada ABIM.
Bagaimana pun Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa
dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan
negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana
Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia.
Apakah tujuan Anwar menjemput ‘pengkhinat’ bangsa Indonesia ini ke
Malaysia. Dia tidak mempedulikan perasaan rakyat Indonesia kerana
mungkin mereka telah sekata hendak menunjukkan kebesaran dan keagungan
masa silam mereka untuk melindungi dosa besar mereka dan mungkin
masing-masing berangan-angan bahawa zaman besar itu akan datang semula.
Kepada saya yang menjadi kenangan besar tentang Habibie ialah dia telah
membuat tetamu termasuk Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa
menunggu kedatangannya dari Jakarta lebih dari dua jam di IKIM Kuala
Lumpur untuk mendengar ucapannya (ketika itu dia belum jadi presiden).
Barangkali Dr. Ismail Ibrahim, kekas Ketua Pengarah IKIM masih ingat
peristiwa pahit ini.
Beliau sengaja melakukan ini untuk menunjukkan “aku lebih besar" dan
ucapannya yang penuh dengan keegoan begitu panjang sehingga ke peringkat
memualkan hadirin, tetapi Dr. Mahathir tetap menunggu dengan setia.
Inilah jenis manusia yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke negara ini dari
semasa ke semasa untuk membantunya dalam politik dan jemputannya kali
ini pun untuk tujuan menunjukkan “kami berdua masih besar."
Saya tidak tahu bagaimana terseksanya para hadirin di Unisel mendengar
ucapan manusia yang egonya amat tinggi, apatahlah lagi mendapat peluang
berucap kepada orang yang dianggap bodoh sesudah sekian lama tidak
mendapat kesempatan berucap kepada rakyat Indonesia yang tidak lagi mahu
mendengarnya dan tidak lagi menghormatinya.
Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar